Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sebuah kereta yang membawa bom mengalami kesilapan teknikal telah membunuh 21 pengganas Takfiri termasuk seorang pengebom bunuh diri yang menjalankan serangan tersebut.Menurut pegawai polis, Majid Ali, kumpulan pengganas Takfiri sedang melakonkan video propaganda tentang bakal penyerang bunuh diri yang ingin mengebom polis Iraq. Namun kenderaan yang dipasang bom tersebut mengalami gangguan teknikal di kawasan Jilam, Selatan Samarra.Jilam merupakan kawasan ladang Selatan Samarra yang sejak sekian lama telah menjadi kubu kuat pengganas Wahabi.Insiden ini terjadi pada pukul 8:00 pagi, waktu tempatan Iraq.Keganasan meletus sejak beberapa bulan ini akibat kegiatan pengganas. Pada bulan Januari sahaja angka kematian mencedah lebih dari 1000 orang.Penganalisa dan diplomat telah menggesa kerajaan Iraq mendekati golongan minoriti bagi melemahkan sokongan terhadap militan. Sementara itu Perdana Menteri Nuri Maliki telah melancarkan operasi besar-besaran terhadap pemberontak dan kubu kuat Takfiri.
9 Februari 2014 - 20:30
News ID: 504932
Sebuah bom kereta meledak pada hari Isnin (10 Februari 2014), membunuh 21 pengganas Takfiri/Wahabi termasuk seorang pengebom bunuh diri.